Media Kapak

[VIDEO] Bekas Peserta Akademi Fantasi (AF) Musim Ke-9 Di Penjara, Inilah Pucanya!! [VIDEO] Bekas Peserta Akademi Fantasi (AF) Musim Ke-9 Di Penjara, Inilah Pucanya!!
PETALING JAYA 20 April – Seorang bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-9, Azri dihukum penjara 14 hari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen... [VIDEO] Bekas Peserta Akademi Fantasi (AF) Musim Ke-9 Di Penjara, Inilah Pucanya!!

PETALING JAYA 20 April – Seorang bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-9, Azri dihukum penjara 14 hari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan mendera anak perempuan tirinya dengan mencelup tangan kanak-kanak itu di dalam air panas, dua tahun lalu.

Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Azri AF9 atau nama sebenarnya Mohammad Azri Abdullah, 32, selepas menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan.

Suami kepada bekas juara program Mentor musim kelima, Salma Andi-Asis itu didakwa mendera mangsa yang berusia 10 tahun dengan mencelup kedua-dua belah tangan mangsa ke dalam air panas di sebuah pangsapuri, Jalan Putra Indah, 9/1C, Seksyen 9, Subang Jaya dekat sini, kira-kira pukul 8 pagi, 5 Mei tahun lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula hari ini dan dipenjara enam bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.

Sementara itu, suasana di galeri awam bertukar menjadi pilu dengan tangisan keluarga tertuduh yang memeluk erat sebelum dibawa oleh pihak polis.

Pendakwaan dikendalikan oleh V.V. Suloshani sementara tertuduh diwakili peguam Fahmi Abd. Moin. – UTUSAN ONLINE