Media Kapak

Setelah Beg Tangan Dibongkar, Kini Koleksi Jam Tangan Pula. Mahalnya? Setelah Beg Tangan Dibongkar, Kini Koleksi Jam Tangan Pula. Mahalnya?
Kekalahan Barisan Nasional pada PRU14 mencatatkan sejarah baru apabila Pakatan Harapan berjaya dijulang oleh rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Selepas 9 tahun memegang... Setelah Beg Tangan Dibongkar, Kini Koleksi Jam Tangan Pula. Mahalnya?

Kekalahan Barisan Nasional pada PRU14 mencatatkan sejarah baru apabila Pakatan Harapan berjaya dijulang oleh rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Selepas 9 tahun memegang jawatan Perdana Menteri sebelum dijatuhkan melalui proses pilihanraya, pelbagai pendedahan dilakukan terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak. Turut diheret bersama di dalam pembongkaran ini, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dilihat juga menjadi kecaman netizen.

Tidak cukup dengan itu, berita penyerbuan secara mengejut di rumah bekas Perdana Menteri ini pada malam Ramadan pertama turut menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai barangan berharga milik kedua pasangan suami isteri ini telah dibawa keluar dari premis kediaman mereka oleh pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci berikutan dengan skandal-skandal yang berkaitan.

Terbaru, sebuah akaun di laman Instagram mendapat perhatian netizen apabila akaun tersebut memuat naik koleksi-koleksi jam tangan Rosmah Mansor yang pernah dipakainya ketika berada di dalam beberapa acara dan majlis.

Akaun yang menggunakan username @rosmahmansor_jamtangan ini tidak sahaja berkongsi jenis jam tangan Rosmah, malahan terdapat juga perkongsian koleksi beg tangan serta pelbagai aksesori yang lain.

Berikut merupakan senarai koleksi jam tangan Rosmah Mansor yang pernah dipakainya:
Hublot Big Bang Broidery
Harga: USD 59,600 = RM240,000

Hublot Big Bang Broidery Usd 59,600= RM240,000

A post shared by rosmahmansor_jamtangan (@rosmahmansor_jamtangan) on

Roger Dubuis Velvet Haute Joaillerie
Harga: 432,500 € = RM 2.08 juta

Chanel Mademoiselle Prive Camelia
Harga: 33,000 € = RM 159,000

Franck Muller Infinity
Harga: 38,430 € = RM 185,000

Audemars Piguet Royal Oak Offshore
Harga: USD 93,500 = RM370,000

Sumber : Rosmah Mansor Jam Tangan /sumber: http://www.ohmymedia.cc/spotlight/vvip/ini-adalah-antara-koleksi-jam-tangan-yang-dimiliki-oleh-isteri-bekas-perdana-menteri-mahalnya-50264/