Media Kapak

Sesuatu Terjadi Sewaktu Pemeriksaan Perbarisan Kawalan Kehormatan Buat Mat Sabu Mohon Maaf !! Sesuatu Terjadi Sewaktu Pemeriksaan Perbarisan Kawalan Kehormatan Buat Mat Sabu Mohon Maaf !!
PETALING JAYA: Menteri Pertahanan baharu, Mohamad Sabu memohon maaf kerana kegagalannya mematuhi protokol sewaktu pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan Utama di Kementerian Pertahanan, pagi Selasa.... Sesuatu Terjadi Sewaktu Pemeriksaan Perbarisan Kawalan Kehormatan Buat Mat Sabu Mohon Maaf !!

PETALING JAYA: Menteri Pertahanan baharu, Mohamad Sabu memohon maaf kerana kegagalannya mematuhi protokol sewaktu pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan Utama di Kementerian Pertahanan, pagi Selasa.

Mohamad, ketika perbarisan itu, tidak berhenti memberikan penghormatan kepada Panji-panji Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Saya sedia maklum berkenaan perkara tersebut seperti yang telah ditaklimatkan kepada saya.Namun sebagai manusia biasa kita juga tidak lari dari melakukan kesilapan,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Menurut presiden parti Amanah itu, dia masih lagi dalam proses memahami aspek protokol ketenteraan memandangkan hari ini merupakan hari pertamanya memegang jawatan berkenaan.

Insyaallah, saya akan cuba melakukan yang terbaik demi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia secara keseluruhannya,” ujarnya lagi.

Sementara itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilantik sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet kerajaan baharu yang diterajui Pakatan Harapan, selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mohamad melapor diri di Kementerian Pertahanan awal hari ini dan mengetik kad perakam waktu pada 9.42 pagi

Turut hadir menyaksikannya Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Abd Rahim Mohamad Radzi.

SPRM: Putera Arab tak dapat buktikan ‘derma’ RM2.6 bilion

Puteri diraja Arab Saudi yang dikatakan “menderma” RM2.6 bilion kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menunjukkan dokumen sokongan bagi membuktikan perkara itu.

Perkara itu didedahkan oleh ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru Datuk Seri Shukri Abdull dalam sidang media di Putrajaya tadi.

SPRM tak akan tangkap Najib hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tidak akan menangkap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.Bukan nak tangkap,” kata Ketua pesuruhjayanya Datuk Seri Shukri Abdull.

Shukri berkata SPRM hari ini hanya merekodkan kenyataan Najib berkaitan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, sejak 2015.

Proses itu dibuat, katanya Shukri, kerana mereka memperoleh maklumat baru dalam siasatan itu.Shukri berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat badan antirasuah itu di Putrajaya sebentar tadi.

Shukri mengesahkan hanya Najib seorang dipanggil memberi keterangan hari ini.Bagaimanapun, katanya, terdapat saksi lain “seorang dua lagi” akan memberi keterangan dalam kes sama.

Beliau menegaskan siasatan SPRM pada masa ini hanya berkaitan kes SRC sahaja dan isu “derma” RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya akan dikendalikan oleh pasukan khas siasatan 1MDB.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/05/22/mat-sabu-mohon-maaf/#LIKDC1lpamr4wmXc.99