Media Kapak

Sekali Pandang Memang Nampak Macam Bonggol Jalan. Sekali Pandang Memang Nampak Macam Bonggol Jalan.
Sekali pandang memang nampak macam bonggol jalan. Tapi jangan tertipu kerana ianya adalah seekor ular sawa yang besar. Kejadian itu berlaku di Limpopo, Afrika... Sekali Pandang Memang Nampak Macam Bonggol Jalan.

Sekali pandang memang nampak macam bonggol jalan. Tapi jangan tertipu kerana ianya adalah seekor ular sawa yang besar. Kejadian itu berlaku di Limpopo, Afrika Selatan. Jika bonggol jalan, ianya bertujuan untuk selamatkan pengguna jalan raya. Tapi di sini jika korang melanggar ‘bonggol jalan’ ni, memang nahas lah. Cameron Watt, 50, dan anaknya berdepan situasi cemas apabila menyangka bonggol jalan rupanya seekor ular sawa yang merentangi jalan yang dilalui.

Sumber: Sinar Harian

Selanjutnya,

Ular sawa gergasi yang ditangkap di Bintulu, Sarawak

BINTULU – Penduduk di bahagian ini dikejutkan dengan penemuan seekor ular sawa gergasi ‘anakonda’ di sebuah kawasan hutan di Kelawit, Tatau di sini semalam.

Reptilia gergasi sepanjang kira-kira 7.16 meter dan berat mencecah 200 kilogram itu ditangkap oleh penduduk rumah panjang kira-kira pukul 5 petang.

Ular sawa gergasi tersebut kemudian dibunuh dan dibawa balik ke rumah panjang untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, ini merupakan kali pertama ular gergasi ditangkap di Sarawak.