Media Kapak

Saya Mahu Bella Teruskan Hidup Dengan Tenang Saya Mahu Bella Teruskan Hidup Dengan Tenang
Pengumuman penceraian Nazim Othman dan Bella Dally pada Ramadhan pertama lalu agak mengejutkan ramai pihak. Siapa sangka disebalik senyuman mereka, tersimpan seribu duka yang... Saya Mahu Bella Teruskan Hidup Dengan Tenang

Pengumuman penceraian Nazim Othman dan Bella Dally pada Ramadhan pertama lalu agak mengejutkan ramai pihak. Siapa sangka disebalik senyuman mereka, tersimpan seribu duka yang hanya mereka saja tahu.

Menerusi Insta story, Nazim meluahkan apa yang terbuku di hatinya mengenai hubungan mereka yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Pinta Nazim, beliau hanya mahukan Bella untuk meneruskan hidup dengan tenang.

Jelasnya lagi, awalnya beliau mahu perkara ini dirahsiakan namun, memilih untuk terbuka mengenainya kerana ingin bekas isterinya itu ‘move on’ dan mengejar segala impiannya. Tambahnya lagi, beliau tidak kisah apa pun orang luar ingin katakan kerana mereka tahu inilah yang terbaik buat mereka.

Difahamkan pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai pada September 2016. Manakala suatu ketika dulu timbul ura-ura mengatakan rumah tangga pasangan ini bergolak hingga Bella membawa diri ke Sabah.

Jodoh dan ajal di tangan Tuhan, mungkin ini yang terbaik buat pasangan ini. Semoga Nazim dan Bella terus kuat dan tabah menghadapi dugaan besar ini dalam hidup mereka. (rtky/w)