Media Kapak

Nelydia Senrose Tayang Cincin, Sudah Dirisik Jutawan Ke? Nelydia Senrose Tayang Cincin, Sudah Dirisik Jutawan Ke?
TINDAKAN pelakon Nelydia Senrose memuat naik foto cincin di jari manisnya di media sosial menjadi tanda tanya netizen tentang status dirinya kini sudah di... Nelydia Senrose Tayang Cincin, Sudah Dirisik Jutawan Ke?

TINDAKAN pelakon Nelydia Senrose memuat naik foto cincin di jari manisnya di media sosial menjadi tanda tanya netizen tentang status dirinya kini sudah di lamar kekasih hati.

Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 23, yang kini bercuti di luar negara itu turut menulis status yang menggambarkan dirinya kini dalam fasa yang bahagia.

Foto mengundang tanda tanya netizen.”Happiest day of my life. Dreams do come true (Hari paling gembira dalam hidup saya, impian jadi kenyataan),” tulisnya di Twitter.Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pelakon Lafazkan Kalimah Cinta Mu itu.

Pada status lain, aktres berkenaan turut mencatat tarikh 10 April dengan kapsyen menarik perhatian netizen.”10 April 2018 – my heart bloom like these flowers (hati saya mekar seperti bunga-bunga ini)” tulisnya.

Status Nelydia yang kini sedang bahagia.Sementara itu, Nelydia sebelum ini juga memberi gambaran dia kini sedang memasuki fasa baharu dalam kehidupannya.

Saya memasuki fasa kehidupan yang baru dan perasaannya begitu menakjubkan. Syukur Alhamdulillah.”Saya ingin semua bahagia dan dapat memperoleh apa yang kita inginkan, kerana saya sentiasa berdoa untuk kita semua. Amin.

“Saya mahu semua wanita tahu dan tidak pernah berhenti mempercayai bahawa keajaiban itu wujud!” tulisnya.Lelaki yang dikaitkan dengan Nelydia Senrose.

Pada 13 Mac lalu, sebuah blog hiburan melaporkan Nelydia kini sudah mempunyai teman lelaki yang merupakan seorang jutawan muda berusia 30-an dan dikenali sebagai MR H.

Bagaimanapun, sehingga kini pelakon terbabit tidak memberikan sebarang kenyataan berkaitan perkara berkenaan.Nelydia sebelum ini pernah bercinta dengan Qi Razali. – mSTAR