Media Kapak

Nabila Huda Buat Parodi Wanita BN Menangis Teresak-Esak, Netizen Terhibur Nabila Huda Buat Parodi Wanita BN Menangis Teresak-Esak, Netizen Terhibur
Sebuah video menjadi tular apabila sekumpulan wanita tidak berpuas hati dengan sebuah parti yang lain. Dek kerana video tersebut, kelihatan seorang wanita yang sedang... Nabila Huda Buat Parodi Wanita BN Menangis Teresak-Esak, Netizen Terhibur

Sebuah video menjadi tular apabila sekumpulan wanita tidak berpuas hati dengan sebuah parti yang lain. Dek kerana video tersebut, kelihatan seorang wanita yang sedang menangis teresak-esak dengan mimik mukanya yang sedih itu. Video tersebut juga telah menjadi ‘bahan’ jenaka dari netizen kerana dianggap terlalu over dan hanya lakonan semata-mata.

Tidak ketinggalan, pelakon Nabila Huda juga turut melakonkan aksi parodi itu dengan caranya yang tersendiri. Beliau telah memuat naik video tersebut di akaun Instagram miliknya. Video yang telah mendapat 70,000 likes itu melihatkan hashtag Nabila atau mesra disapa Abil yang agak mencuit hati.

Video tersebut telah dimuat naik oleh Nabila beberapa hari lalu apabila beliau mengenakan sarung kepala (tudung) berwarna biru muda dan meniru aksi daripada video asal tersebut. Rata-rata netizen terhibur dengan video Nabila itu dan meninggalkan komen yang lucu di ruangan video tersebut.

VIDEO :