Media Kapak

Mengintai Majlis Buka Puasa Rumah Tengku Razaleigh, Zahid Pun Ada Mengintai Majlis Buka Puasa Rumah Tengku Razaleigh, Zahid Pun Ada
Sudah menjadi amalan biasa setiap tahun Tengku Razaleigh Hamzah menjemput pimpinan UMNO ke majlis berbuka puasa di rumah beliau di Jalan Langgak Golf,Kuala Lumpur.... Mengintai Majlis Buka Puasa Rumah Tengku Razaleigh, Zahid Pun Ada

Sudah menjadi amalan biasa setiap tahun Tengku Razaleigh Hamzah menjemput pimpinan UMNO ke majlis berbuka puasa di rumah beliau di Jalan Langgak Golf,Kuala Lumpur.

Namun suasana majlis itu pada tahun ini nampak sungguh berseri dan ‘lain macam’ lebih-lebih lagi dengan kehadiran Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

Senario ini sudah tentu mencuri perhatian ramai kerana ia berlangsung dicelah kehangatan menjelang pemilihan UMNO pada hujung bulan ini.

Zahid yang kini Naib Presiden yang jalankan tugas Presiden UMNO sudah pun menyerahkan borang pencalonan beliau untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.

Tandatanya kini bertumpu kepada Tengku Razaleigh apakah beliau akan turut serta bertanding jawatan berkenaan.

Setakat ini bekas Menteri Kewangan dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu cuma memberitahu sedia timbang desakan kalangan ahli parti yang mahu beliau turut serta bertanding.

Turut hadir pada majlis itu ialah sebilangan Ahli Parlimen dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Antara mereka Datuk Seri Mustapha Mohamad,Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Nazri Aziz.

Majlis berlangsung dalam suasana mesra.Selain berbuka puasa hadirin adakan tahlil doa selamat bersama serta solat Maghrib,Isyak dan Terawikh.

Kalangan yang hadir yang ditanya apakah ada sesuatu yang istimewa diperbualkan sepanjang majlis berkata mereka semua cuma sembang biasa biasa saja.- 5/6/2018