Media Kapak

LGE Henti Sidang Media Kerana Hormati Azan, Ini Respon Tak Tersangka Netizen LGE Henti Sidang Media Kerana Hormati Azan, Ini Respon Tak Tersangka Netizen
Sidang medianya bermula lewat tengah hari semalam, dan langsung lewat masuk waktu solat Zohor. Apabila azan berkumandang, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tiba-tiba menghentikan... LGE Henti Sidang Media Kerana Hormati Azan, Ini Respon Tak Tersangka Netizen

Sidang medianya bermula lewat tengah hari semalam, dan langsung lewat masuk waktu solat Zohor. Apabila azan berkumandang, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tiba-tiba menghentikan ucapannya, bagi menghormati azan.

Rakaman sidang media tersebut mula tular di media sosial dan mengundang puji-pujian daripada warga internet.

Dalam ruang komen, Shazmin Ghazali menulis “LGE yang bukan muslim tunjuk akhlak yang mulia, persoalannya bila kita yang muslim ni nak menunjukkan akhlak sebaik beliau dengan menghormati agama dan adat kaum lain?”

Seorang lagi pengguna Facebook, Azahari Mahamad berkata “Kita pun tak boleh buat macam LGE… orang azan, kat tangan masih main handphone.”

Netizen menggunakan nama El Kopite pula menimbulkan semula persoalan fitnah larangan azan, ketika Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Soal beliau, “Macam mana orang boleh cakap dulu azan tak dibenarkan di Pulau Pinang? Haha”

Dalam satu balasan komen lain, Ahmad Mukmin menulis, “Melayu muslim pun ada yang kalau dengar azan boleh bergelak tawa lagi.”

Pegawai media Guan Eng, Rahmah Ghazali; dalam satu perkongsian di Facebook memberitahu bahawa penggunaan speaker adalah ekoran tazkirah Zohor di surau kementerian.

“Sidang media kali ni lewat sikit dan kebetulan azan zohor berkumandang ketika beliau memberikan kenyataan media,” tulisnya.

“Aku yang dalam bilik tu dah panik. Terus berlari keluar (untuk) beritahu pengawal, kalau boleh perlahankan sedikit suara azan tu. Lepas tu tengah masuk balik bilik sidang media, semua orang, termasuk Lim Guan Eng, sedang senyap tanda menghormati azan,” katanya.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan yang baharu di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau dikenali umum lantaran ucapannya yang mahu mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz, dan ucapan-ucapannya tentang usaha ‘amar makruf nahi mungkar’.

https://web.facebook.com/thesiakapkeli/videos/2136088413080835/?t=4