Media Kapak

Lelaki Tikam Kekasih 28 Kali Sehingga Maut Lelaki Tikam Kekasih 28 Kali Sehingga Maut
Berang kerap didesak untuk berkahwin, seorang lelaki tergamak menikam kekasihnya sebanyak 28 kali sehingga maut di sebuah pangsapuri di Bukit Jelutong, Sabtu lalu, lapor... Lelaki Tikam Kekasih 28 Kali Sehingga Maut

Berang kerap didesak untuk berkahwin, seorang lelaki tergamak menikam kekasihnya sebanyak 28 kali sehingga maut di sebuah pangsapuri di Bukit Jelutong, Sabtu lalu, lapor Sinar Harian. Dalam kejadian jam 8.25 malam itu, mayat mangsa, 38, yang merupakan warganegara Indonesia ditemui dalam keadaan terlentang di lantai dengan kesan tikaman di belakang badan, perut, leher dan tengkuk.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, sebelum kejadian itu, mangsa dipercayai mendesak suspek mengahwininya sebelum pasangan itu bertengkar dan berlaku pergelutan.

Mangsa kemudian ditikam secara bertubi-tubi sehingga mati sebelum suspek beredar meninggalkan lokasi kejadian.

Mayat mangsa ditemui jiran yang kebetulan lalu di hadapan rumah mangsa selepas curiga dengan keadaan pintu rumah yang terbuka, katanya.

Susulan kejadian itu, polis menggerakan usaha untuk menjejaki suspek. Kurang dari tempoh dua jam, suspek berusia 40 tahun itu berjaya diberkas di kawasan tempat letak kereta di Seksyen 13.

Hasil siasatan mendapati, suspek yang tidak berkahwin itu mengalami masalah mental. Polis akan dapatkan pengesahan tersebut daripada pihak hospital dalam masa terdekat,katanya.

Suspek yang bekerja sebagai kontraktor pendawaian elektrik direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: The Reporter

13 Mac – Baru-baru telah tular di laman sosial satu tarian yang dinamakan Tarian Panama atau Panama Dance. Lagu Panama yang dinyanyikan oleh Mateo berjaya mencuri hati pendengar di Malaysia dan menjadikan Panama Dance sebagai satu aktiviti yang kian tular.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, Tarian Panama atau Panama Dance menjadi kegilaan masyarakat hari ini haram dilakukan kerana membabitkan percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram.

Mungkin ada sesetengah itu hendak menggunakannya sebagai rujukan melakukan senam robik di dalam bilik mereka, bagaimanapun masih tidak menghalalkan kita untuk menyebarkan secara terbuka wanita menutup aurat berjoget sebegitu.

Mereka yang hendak buat tarian itu janganlah dirakam, dimuat naik dan jangan dikongsi ke media sosial. Jangan biarkan bukan mahram melihat susuk tubuh anda berlenggang-lenggok sedemikian rupa.

Jaga maruah dan jaga aib anda sebagai seorang muslimah, katanya ketika dihubungi Utusan Online bagi mengulas isu Tarian Panama yang tular di laman sosial ketika ini.

Tarian ini bukan sahaja menjadi aktiviti kepada individu malah telah menular sehingga ke agensi dan jabatan kerajaan serta syarikat swasta yang seolah-oleh berlumba-lumba menunjukkan kehebatan masing-masing.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman menasihati orang ramai agar tidak terikut-ikut dengan trend terkini itu.

Katanya, orang ramai jangan bersikap terlalu liberal dalam sesuatu perkara dan hendaklah sentiasa mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Kita lihat mereka yang muat naik video itu, kapsyen mereka pastinya seperti mengajak mereka membuat tarian sama iaitu bercampur lelaki dan perempuan.

Kalau kita buat benda haram, jangan mengajak orang lain buat benda yang sama. Biarlah buat trend yang sama-sama dapat pahala, Islam itu mudah tetapi jangan bermudah-mudahkan, katanya – Siakapkeli.my