Media Kapak

Kucing ini Mengalami Nasib yang Malang, Empat Ekor Anaknya Dibantai Kucing ini Mengalami Nasib yang Malang, Empat Ekor Anaknya Dibantai
Bukan aneh lagi manusia kadang suka menyeksa haiwan hingga mati. Bagi mereka yang masih mempunyai hati nurani dan kebetulan melihat peristiwa kejam itu, pasti... Kucing ini Mengalami Nasib yang Malang, Empat Ekor Anaknya Dibantai

Bukan aneh lagi manusia kadang suka menyeksa haiwan hingga mati. Bagi mereka yang masih mempunyai hati nurani dan kebetulan melihat peristiwa kejam itu, pasti akan ikut hanyut dalam kesedihan. Beberapa waku yang lalu, viral di internet siri foto-foto kucing dan anak-anaknya yang membuatkan kita sedih ketika melihatnya.

Menurut warga tempatan yang merawat kucing-kucing tak bertuan itu. Suatu pagi, mereka tiba-tiba mendengar tangisan pilu ibu kucing, kerana sifat ingin tahu yang tinggi mereka pun mencari-cari tangisan pilu itu.

Ia kemudian melihat empat ekor anak-anak kucing telah mati dibunuh, dan lebih menyedihkan lagi, anak-anak kucing yang mati itu sengaja dilemparkan kembali ke hadapan ibu kucing.

Penduduk tempatan biasanya secara bergilir-gilir akan memberi makan pada ibu kucing dan anak-anaknya, tapi tidak disangka, pada suatu pagi mereka mendengar tangisan pilu dari ibunya.

Kami melihat empat ekor anak kucing telah mati, sementara ibunya terus menciumi keempat anaknya dengan tatapan sedih, seakan-akan berharap ciuman kasihnya dapat menghidupkan anak-anaknya yang telah menjadi bangkai.

Setelah diteliti lebih lanjut oleh warga setempat, mereka mendapati anak-anak kucing itu mati kerana diseksa.

Tubuhnya tampak jelas ada bekas lubang dan darah yang mengalir, bahkan salah satu leher anak kucing itu ditarik dengan tali hingga berubah bentuk, sementara beberapa ekor lain dibelah dibahagian perut, sampai jantungnya menjuntai keluar.

Pemandangan yang kejam ini membuat penduduk sekitar tak sanggup melihatnya, terlebih lagi ibu kucing yang hanya boleh menatap sedih dan tidak mahu beredar sambil menciumi anak-anaknya satu persatu.

Rasanya seperti tidak percaya bahawa ada orang yang sekejam itu, berani membunuh haiwan malang yang tak bertuan. Padahal haiwan-haiwan itu juga tidak mengganggu kehidupan mereka.

Guys, jangan sampai kita menyakiti haiwan ya. Lebih baik memberi makan meskipun hanya makanan sisa milik kita daripada membunuh apalagi membunuh dengan kejam. Meskipun mereka haiwan tapi mereka juga ciptaan Tuhan.

Semoga pelaku pembantaian yang tidak memiliki hati nurani dan fikiran yang jernih ini dapat segera ditangkap. Supaya tidak banyak lagi haiwan-haiwan lain yang menjadi korban pembantaian kejam ini