Media Kapak

Kemas Rumah Pusaka. Tiba Tiba Semua Ketakutan Apabila Nampak Sesuatu. Kemas Rumah Pusaka. Tiba Tiba Semua Ketakutan Apabila Nampak Sesuatu.
Rumah yang sudah lama tidak dihuni berkemungkinan akan dihuni oleh jin. Namun, tidak semua rumah yang dibiarkan kosong menjadi tempat makhluk halus bertandang. Kita... Kemas Rumah Pusaka. Tiba Tiba Semua Ketakutan Apabila Nampak Sesuatu.

Rumah yang sudah lama tidak dihuni berkemungkinan akan dihuni oleh jin. Namun, tidak semua rumah yang dibiarkan kosong menjadi tempat makhluk halus bertandang. Kita harus sentiasa menjaga rumah dari terus sunyi tanpa penghuni. Pengguna Fb, Norul Suhaida Musa berkongsi pengalaman seram rakannya yang baru selesai mengemas rumah ketinggalan arwah ibu di kampung. Selepas mengemas, dia mendapati sesuatu aneh dalam foto yang diambil.

Sudah lama tidak dihuni
Seorang rakan pulang ke kampung halaman bagi membersihkan kawasan rumah peninggalan arwah ibunya di kampung. Selepas membersihkan sekitar rumah, dia mengambil foto untuk dikongsi bersama adik-beradik yang lain menerusi aplikasi Whatsapp.

Apa itu?
Selepas gambar itu dikongsi, adik-beradik ini menegur sesuatu dalam foto berkenaan. Seperti jelmaan lembaga hitam yang sedang duduk menghadap dinding.

Ini serius
Sehingga hari ini masih menjadi persoalan mengenai kewujudan ‘lembaga’ tersebut di dalam rumah itu. Adik-beradik ini bercadang pulang ke kampung dalam masa terdekat bagi meninjau keadaan rumah berkenaan.

Credit: Norul Suhaida Musa

STATUS TERSEBUT TELAH PUN DIBUANG DARI FB
ha dh ku delete. cukup lah 24 jam di paparkan bior la rahsia – Norul Suhaida Musa

Tetapi terdapat 1 komen yang menarik perhatian.

Fakridin Mohammad plastik sampah kau letak situ,tapi sendiri terkejut. lawak jin hantu mana ada bayang oii

Penulis ada menyatakan bahawa semua beg plastik sampah telah dibuang. Sekali pandang tidak nampak pun macam sesuatu yang sedang duduk tetapi memang jelas nampak seperti beg plastik sampah tetapi wallahualam sesungguhnya memang wujudnya mahkluk Tuhan selain manusia. Samada sahih atau tidak itu kami tidak tahu.

Ini kami sertakan 1 video dari Ustaz Azhar Idrus sekiranya kita nampak sesuatu selain manusia dan binatang. Apa doa yang perlu kita amalkan. Semoga bermanafaat, insyallah.