Media Kapak

Bersabar Kerana Ini Ujian Allah – Luah Isi Hati Datin Rosmah Bersabar Kerana Ini Ujian Allah – Luah Isi Hati Datin Rosmah
Sentiasa perbanyakkan bersabar dalam menghadapi sebarang ujian’. Demikian nasihat daripada isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor kepada suaminya, Datuk Seri Najib Tun... Bersabar Kerana Ini Ujian Allah – Luah Isi Hati Datin Rosmah

Sentiasa perbanyakkan bersabar dalam menghadapi sebarang ujian’. Demikian nasihat daripada isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor kepada suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut portal propembangkang MalaysiaKini, nasihat itu diluahkannya demi berdepan dengan pelbagai siri tuduhan fitnah jahat, yang beliau dakwa kesemuanya memang direka khas semata-mata untuk menjatuhkan Najib.

Rosmah, 64; yang merupakan wanita kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu malah mengakui dirinya sendiri turut menjadi sasaran pengkritik-pengkritik suaminya selepas beliau berkahwin dengan Najib, 62; pada 1987.

Namun begitu, Rosmah meyakini bahawa suaminya itu sedang berdepan dengan ujian Allah dan menggalakkan beliau supaya terus bersabar menempuh cabaran yang begitu besar sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009.

Menjawab pertanyaan wartawan dalam sebuah acara di sini pada 21 April, beliau berkata: “Nasihat saya kepadanya (Najib) adalah supaya memperbanyakkan bersabar kerana ini semua pasti adalah ujian daripada Allah sendiri.”

Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor ketika menunaikan ibadah umrah serta menjadi tetamu kepada Raja Arab Saudi awal Mac 2016 lalu. – Gambar hiasan

“Apa yang penting adalah Allah Maha Mengetahui perkara yang sebenar,” tambah beliau. “Apa pun yang berlaku, kita perlu terus berdoa dan menyerahkannya kepada kekuasaan Allah,” ujar Rosmah kepada MalaysiaKini.

Najib pernah dibelenggu beberapa kontroversi fitnah berkaitan dana berbilion ringgit yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya, yang sebelum ini dijelaskannya merupakan wang derma politik daripada tokoh Asia Barat.

Beliau tegas menafikan wang yang diterimanya itu ada kaitan dengan masalah 1MDB dan berkata sebarang tuduhan sedemikian adalah rekaan semata-mata oleh mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Negarawan itu yang kini bersekongkol dengan musuh politik ketatnya yang pernah menggelarkan Mahathir itu sebagai firaun diktator mahazalim kini sebaliknya mahukan Najib melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Namun sehingga kini Mahathir enggan pula menyatakan siapakah pengganti Najib sama ada seterunya, Anwar Ibrahim, atau Muhyiddin Yassin atau tokoh cauvinis DAP, Lim Kit Siang atau pun anaknya sendiri, Mukhriz.

Cerita Kedua

Setelah berakhirnya Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) tempoh hari, nama pembaca Buletin Utama TV3, Mohd Izwan Azir menjadi bualan netizen di media sosial. Dikecam dan dimaki dek kerana berkhidmat dengan stesen televisyen tersebut.

Rata-rata menyalahkan dirinya kerana sebelum ini sering melaporkan berita yang didakwa tidak benar, berat sebelah dan menyerang individu tertentu.

Izwan Azir menerusi akaun profil Facebook miliknya hari ini akhirnya ‘membuka mulut’ dan menjawab tohmahan yang dilemparkan orang ramai.

Kerana memegang mic logo TV 3

Kisah ini telah dikongsi di laman Facebook miliknya berdasarkan pengalaman acara BERSIH pada 2007 sewaktu membuat liputan dari lokasi berkenaan.

Tidak ramai yang tahu, apa yang saya perkatakan ketika melakukan lintas langsung BERSIH dari balkoni Persatuan Bola Keranjang Malaysia pada 2007. Yang ramai tahu hanya aksi saya di’boo’ dalam video yang diambil seorang peserta yang sedang berarak yang disebarkan di Youtube.

Ketika melakukan lintas langsung itu, saya mengatakan bahawa ‘peserta BERSIH sanggup untuk meredah hujan lebat dan menunjukkan semangat yang berani, tidak mempedulikan kawalan polis untuk berkumpul di Stadium Merdeka bagi menyatakan hasrat mereka’.

Sebelum itu, ketika mereka sedang menuju ke sana, dari balkoni itu saya melambai malah memberi tabik hormat kepada beberapa peserta dan mereka juga tersenyum kepada saya.

Namun ketika dihalau polis, mereka berpatah balik dan melalui kawasan lintas langsung saya, membaling saya dengan botol air TANPA mengetahui apa yang sebenarnya sedang saya perkatakan ketika lintas langsung itu. Pengadilan dibuat kepada saya, hanya kerana saya memegang mic dengan logo TV3.

Itulah yang berlaku kini, diambang Malaysia Baharu.

Saya dikecam, dicaci, dinista, hanya kerana saya seorang di ‘barisan hadapan’ TV3. Sedari dahulu lagi, sayalah yang menanggung kata-kata nista ini termasuk menghukum saya masuk neraka. Namun kerana menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan, saya berusaha untuk melakukan yang terbaik.

‘Saya bukan gemar politik’

Rakan-rakan saya di TV3 tahu, Izwan Azir Saleh adalah seorang yang tidak gemar politik. Ketika bertugas di Parlimen, saya lebih suka tidur daripada sibuk mencari ahli yang berhormat. Namun ketika saya harus berlintas langsung, saya akan pastikan yang saya kelihatan tip-top, segak dan tahu apa yang berlaku.

Semua itu saya lakukan supaya apabila kerja saya selesai dengan baik, saya boleh pulang segera tanpa ditanya lagi oleh boss dan melanjutkan kehidupan harian saya, menikmati masa-masa bersama keluarga atau bersendirian tanpa diganggu urusan kerja.

Saya kini dihukum hanya kerana berkhidmat dengan sebuah saluran TV Pro-BN. Saya menjadi seperti Allahyarham Nordin Ahmad atau Sharif Doll yang diludah di Jalan Ampas, Singapura hanya kerana watak antagonis Datuk Laksamana Megat Seri Rama dalam filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang atau Samseng Kampung Pinang Sebatang dalam filem Pendekar Bujang Lapok.

Dalam suasana Malaysia yang baharu, janganlah kalian menilai hanya dari kulit, tapi bacalah isi kandungannya. Fahami bahawa golongan barisan hadapan ini adalah mentimun. Digolek juga lenyek, menggolek juga lenyek. Saya hanya cuba melaksanakan tugas saya dengan baik.

Ramai yang tidak tahu, ketika Datuk Seri Shafie Apdal dipecat daripada pentadbiran terdahulu, sayalah bersama pasukannya, membersihkan pejabat Menteri sehingga larut malam, dan berpelukan dengan rakan-rakan saya yang terpaksa meninggalkan pejabat dengan segera.

Tetapi saya tidak perlu menceritakan semua ini, atas dasar persahabatan bersama mereka. Mereka kenal saya. Pemimpin kerajaan kini juga kenal saya, malah ada antara mereka yang sering berhubung dengan saya. Mereka tahu siapa yang saya maksudkan.

Lihat wajah ‘ahli neraka’ ini ke udara

Malam ini, anda akan melihat wajah ‘ahli neraka’ ini lagi ke udara. Menyampaikan berita dan menyebut Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri dan pembangkang yang akan diketuai Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Biarkanlah saya melaksanakan tugas secara profesional seperti yang telah saya lakukan selama ini.

Walaupun pedas tuduhan yang anda lempar, tetapi akhirnya saya cuma manusia biasa. Penyampai Berita bukan pembuat dasar.

Apabila diarah untuk bersiaran, saya akan lakukan yang terbaik dan apabila diarah berhenti daripada bersiaran, seperti ketika saya diminta meninggalkan pasukan Malaysia Hari Ini (MHI) Januari lalu, saya taat dan keluar dengan seikhlas hati. Itulah saya.

Saya sudah melihat sinar politik matang dikalangan pemimpin kita sekarang. Yang menang meneruskan tanggungjawab, yang kalah telah mengucapkan tahniah.

Tetapi, kita dibawah ini juga perlu bersikap matang supaya Malaysia Baharu yang kita inginkan, akan benar-benar tercapai bukan sekadar dengan tulisan tapi dirasai dan meresap kedalam dalam hati sanubari setiap rakyat Malaysia.

Terima kasih anda yang faham dan mahu memahami tugas kami sebagai pemberita. Jika yang tidak mahu faham, cubalah sekali sekala memakai kasut kami. Anda akan mengerti.Salam Hormat.

Sumber: Mohd Izwan Azir