Media Kapak

Bawa Keluar Sejumlah Kotak. Ini Yang Najib Sempat Lakukan Sebelum Polis Datang. Bawa Keluar Sejumlah Kotak. Ini Yang Najib Sempat Lakukan Sebelum Polis Datang.
Kuala Lumpur, 16 Mei – Rumah Bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, telah dimasuki oleh sepasukan polis sebentar tadi.Sebelum perkara itu berlaku, difahamkan lebih... Bawa Keluar Sejumlah Kotak. Ini Yang Najib Sempat Lakukan Sebelum Polis Datang.

Kuala Lumpur, 16 Mei – Rumah Bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, telah dimasuki oleh sepasukan polis sebentar tadi.Sebelum perkara itu berlaku, difahamkan lebih dari sedozen kereta dan trak polis dilihat menuju masuk ke rumah bekas pemimpin negara terbabit.

Bernama menerusi satu video melaporkan pada 8.18 malam, sebuah kereta Toyota Vellfire yang dipercayai dinaiki oleh Najib keluar dari kediaman rumah terbabit sebelum pulang semula pada jam 9.53 malam.

Tidak lama selepas itu, iaitu pada 10.15 malam, beberapa kereta dan trak polis dilihat memasuki kawasan kediaman terbabit sebelum membawa keluar beberapa kotak dokumen dari rumah berkenaan.

Dipercayai kotak-kotak terbabit mengandungi dokumen-dokumen yang berkaitan dengan 1MDB yang sedang dalam siasatan kini.Sebelum berlakunya perkara terbabit, akaun Twitter Najib Razak telah memuat naik beberapa foto Najib menunaikan solat terawih.