Media Kapak

Akhirnya Najib Dapat Pembelaan Dari Pemimpin Harapan, Nurul Izzah Akhirnya Najib Dapat Pembelaan Dari Pemimpin Harapan, Nurul Izzah
Bermusuh di padang politik, namun terdapat pemimpin kerajaan tetap tidak bersetuju dengan cara pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas anggota parlimen pembangkang yang juga... Akhirnya Najib Dapat Pembelaan Dari Pemimpin Harapan, Nurul Izzah

Bermusuh di padang politik, namun terdapat pemimpin kerajaan tetap tidak bersetuju dengan cara pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas anggota parlimen pembangkang yang juga bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Malah beberapa pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) itu membantah cara polis menggeledah kediaman Najib berdasarkan pengalaman mereka sendiri sebelum ini.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar misalnya berkata, siasatan pihak berkuasa sepatutnya berlangsung mengikut konsep keadilan serta tidak mengetepikan sama sekali aspek hikmah.

“Sebagai bekas mangsa yang pernah menjadi serbuan ketika awal pagi, saya mesti tegaskan bantahan saya terhadap penggeledahan pada mana-mana rumah pada waktu yang tidak sewajarnya.

“Lakukan pendakwaan dan siasatan dengan berhati-hati. Prinsip keadilan dan berhikmah sentiasa terpakai,” ujarnya melalui Twitter sebentar tadi sambil memetik nama PDRM (Polis Diraja Malaysia).

Nurul Izzah yang juga anggota parlimen Permatang Pauh mengulas mengenai ‘pencarian’ berterusan dijalankan polis ke atas beberapa premis, termasuk rumah Najib di Kuala Lumpur.

Pemeriksaan dan proses mengumpul maklumat itu terus dilakukan sehingga awal pagi. Sekeping gambar Najib yang terlentok tertidur turut menyentuh hati sesetengah pihak termasuk netizen.

Najib yang berkhidmat sebagai perdana menteri keenam telah gagal mengemudi BN dalam mem-pertahankan mandat yang diberi rakyat untuk sekali lagi menjadi kerajaan.

Jangan lupakan keadilan

Pada Pilihanraya Umum ke-14 minggu lalu HARAPAN berjaya memperoleh kerusi majoriti yang selesai di Dewan Rakyat sekali gus membentuk kerajaan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kemudiannya telah mengarahkan siasatan dijalankan ke atas Najib ekoran pembabitan beliau dalam skandal 1MDB.

Turut berkongsi pandangan dengan Nurul Izzah adalah Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

I am in full agreement with Izzah on this issue. Need to investigate but no need to humiliate or transgress their rights as such. Upon completing investigations, charge. No reason to investigate until 4 am. I was once taken at 2.30 am…

— KhalidSamad (@KhalidSamad) May 17, 2018

Kata pemimpin AMANAH berkenaan siasatan memang perlu dilakukan namun jangan sehingga menimbulkan keaiban atau berlebihan.

“Saya bersetuju sepenuhnya dengan Izzah dalam isu ini. Perlu siasatan tetapi tidak perlu memalukan atau melampaui batas..”

“Selepas siasatan selesai, dakwa. Tiada sebab untuk menyiasat sehingga jam 4 pagi” kata beliau kepada pemberita yang pernah ditangkap polis pada jam 2.30 pagi.

Manakala anggota Parlimen Subang, Wong Chen pula berkata pihak berkuasa perlu memelihara maruah Najib dan isterinya, Rosmah Mansor.

Ahli parlimen PKR menambah, sekurang-kurangnya ia dilakukan sebagai menghormati sumbangan bapa Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dalam membangunkan negara.

“Kita mesti membuat pendakwaan sepenuhnya berkaitan 1MDB tetapi jangan memalukan mereka dalam proses berkenaan.

“Proses yang sepatutnya serta piawaian perundangan yang tinggi mesti dilaksanakan” katanya.

Wong juga mengulas mengenai gambar Najib yang dirakam tertidur di sofa di rumahnya yang dianggap sebagai mengaibkan bekas perdana menteri berkenaan.

“Bukankah ia sekadar sekeping gambar seorang kleptokrat yang tidur-tidur ayam..?”

“Sebaliknya memaksa Rafizi Ramli berkaki ayam dalam pakaian penjara tiga tahun lalu kononnya atas jenayah kerana melawan ketidakadilan itulah penghinaan sebenarnya” katanya.

Justeru katanya lagi sempena kedatangan Ramadhan semua orang perlu saling memberi kemaafan.

“Kita wajar memberikan kemaafan tetapi juga tidak lupa untuk mempertahankan keadilan” katanya.

Sumber: Malaysiakini