Media Kapak

5 Gambar. Artis Wanita Dicekup Polis Ketika Membeli Dadah 5 Gambar. Artis Wanita Dicekup Polis Ketika Membeli Dadah
Masalah penagihan dadah bukan hanya ‘terkena’ kepada artis lelaki tetapi juga wanita. Buktinya nama Roro Fitria merupakan antara wanita yang sedang terkait dengan kes... 5 Gambar. Artis Wanita Dicekup Polis Ketika Membeli Dadah

Masalah penagihan dadah bukan hanya ‘terkena’ kepada artis lelaki tetapi juga wanita. Buktinya nama Roro Fitria merupakan antara wanita yang sedang terkait dengan kes dadah yang menggemparkan seluruh Indonesia ketika ini. Ditangkap pada 14 Februari yang lalu saat dia mahu membeli dadah jenis syabu bagi menyambut Hari Valentine, wajah sugulnya memakai baju tahanan reman berwarna jingga mula bertebaran di alam maya.

Pastinya imej tersebut berlawanan besar dengan imej wanita cantik yang sudah melekat dengan dirinya. Tak cukup dengan itu, khalayak juga seakan tidak percaya bagaimana Roro boleh terjebak dengan penyalahgunaan dadah yang sudah menjadi antara masalah besar di negara berkenaan.

Saat kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa, ibunya Raden Retno Winingsih antara sosok yang dicari ramai pihak yang mahu mendapatkan kepastian adakah benar anak kesayangannya itu bermasalah.

Sejak di ditangkap memang memberikan kejutan terbesar buat saya. Siapa yang tidak terkejut melihat anak sendiri ditahan polis akibat dadah. Tapi sekarang semuanya sudah semakin okey dan saya semakin tenang, ungkap ibu Roro lesu.

Beberapa hari lalu, pihak berkuasa di sana ada memberikan kenyataan memberitahu bahawasanya dadah yang ditangkap bersama dengan Roro adalah untuk kegunaan sendiri.

Sempat meminta maaf kepada keluarga dan seisi masyarakat saat dia ditangkap, wanita yang berusia 28 tahun itu mengharapkan sokongan daripada orang sekeliling untuk dia melalui hukuman yang bakal dikenakan nanti.

Sudah pasti pihak keluarga sudah melantik peguam untuk menguruskan kes melibatkan Roro. Mereka mengharapkan dia akan menjalani pemulihan sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah nanti.

Menariknya kisah pelakon filem Street Society itu mengalami tekanan perasaan yang dahsyat saat dia ditahan reman seperti yang didedahkan oleh peguamnya, Irsan Gusfrianto SH.

Dia tertekan saat mula ditahan reman. Keadaan mentalnya juga menurun namun sekarang semakin membaik dari sehari ke sehari. Dia masih bersedih setelah penat menangisi apa yang terjadi kepadanya, kata Irsan kepada sekumpulan media yang menemuinya.

Tentunya khalayak tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku kepada Roro memandangkan dia diangkat sebagai duta anti dadah sejak beberapa tahun yang lalu.

Tentang yang itu saya tidak pasti tetapi penggunaan syabu anak guaman kami semakin meningkat sehari demi sehari. Dia sudah ketagihan dadah dan dos yang digunakan juga semakin meningkat,” tambahnya lagi.

Pendedahan

Saat berita penangkapan Roro bertebaran, ramai yang mula tampil ke hadapan mendedahkan beberapa kisah menarik termasuklah pengacara Sunan Kalijaga yang popular dalam bidang guaman.

Dia menjenguk wanita tersebut dalam tahanan atas dasar persahabatan dan sempat mendengarkan luahan hati Roro tentang dadah yang hampir memusnahkan kehidupannya ketika ini.

Saya bertemu dengannya dan mendengar sendiri isi hatinya. Sambil menangis Roro menjelaskan semuanya bermula sejak setahun yang lalu apabila dia didatangi oleh seorang rakan sempena sambutan ulang tahunnya.

Di situ dia diajak mencuba syabu bersama dengan beberapa rakan artis yang lain walaupun sudah menolak pelawaan mereka. Tapi kerana ‘termakan’ dengan hasutan rakan-rakan dia terus didesak untuk mencuba sekali, kata Sunan membuka rahsia.

Daripada sekadar mencuba, Roro akhirnya merasai ‘kenikmatan’ terlarang. Daripada perasaan takut, dia akhirnya menjadi pengguna yang membeli dadah tersebut untuk kegunaan sendiri.

Tambah Sunan, bukan dia sahaja antara artis yang terlibat tetapi dalam masa yang sama melibatkan lima lagi selebriti popular yang lain termasuklah penyanyi, bintang filem dan pelakon drama.

Pun begitu, Sunan enggan mendedahkan siapakah lima selebriti yang maksudkan yang pastinya memberikan pelbagai teka-teki dalam kalangan peminat.

Dalam pertemuan itu, Roro menangis dan mahu saya mendampinginya. Sebagai sahabat ya, saya akan bersamanya melalui kes ini tetapi untuk mewakilinya sebagai peguam, saya tidak akan lakukan, kata lelaki ini lagi. Sumber : utusan online